About Me

My photo
Kampung Sempeneh, Taiping, Perak., Malaysia

MOHON SUMBANGAN PEMBINAAN WAKAF DEWAN SERBAGUNA




Ertinya:







“Bandingan (pahala) mereka yang membelanjakan harta pada jalan Allah S.A.T adalah seperti biji benih yang menumbuhkan 7 tangkai dan pada setiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Allah melipat gandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas (Kurnianya) lagi menengetahui”




( Al-Quran : Surah AlBaqarah Ayat 261)








Jika Seseorang meninggal dunia, maka terputus daripadanya seluruh amalannya kecuali tiga perkara iaitu :-




1)Sedekah Jariah




2)Ilmu yang dimanfaatkan




3)Anak yang soleh yang mendoakannya.







Alhamdulillah, segala keazaman, kemajuan, cita-cita dan hasrat murni untuk memiliki Bangunan Sekolah termakbul dengan nilai hampir RM250.000.00. Alhamdulillah, ini semua hasil kesungguhan semua pihak umat Islam yang begitu menginginkan terwujudnya sebuah Kompleks Pendidikan Tahfiz telah pun memulakan pengajian pada awal tahun 2005.







1. Kita semua berkeyakinan penuh tentang keperluan menyediakan satu bentuk prasarana yang lebih lengkap dan sempurna untuk memberi kesan yang besar kepada tercapainya Falsafah Pendidikan Islam. Dalam melahirkan insan yang Rabbani, berketerampilan dan bermanfaat untuk ummat, maka menyediakan segala kemudahan-kemudahan terkini amat releven dan suatu yang amat dituntut oleh Islam.







2. Untuk makluman tuan, Buat masa ini Pusat ini mempunyai pelajar seramai 20 Tahfiz sepenuh masa terdiri sebahagian daripadanya pelajar anak anak yatim dan fakir miskin pengajian kitab diadakan disebelah petang seminggu sekali untuk penduduk kampong pada masa ini kira kira 100 orang yang menyertainya. Memandangkan tempat yang ada sekarang tidak dapat menampong keperluan maka ahli jawatan kuasa bersetuju untuk membina sebuah Dewan serbaguna ini untuk kegunaan aktiviti kemasyarakatan. Sebagai usaha murni untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk turut serta memberi sumbangan wakaf tersebut.







3. Keluasan bangunan ini berukuran 20 kaki lebar x 50 kaki panjang dan ketinggian 12 kaki mempunyai keluasan 1000 kaki persegi. Anggaran kos yang diperlukan sebanyak RM15.000.00. Kerja-kerja pembinaan fasa ketiga sedang dalam pembinaan sepertimana yang terdapat didalam gambar rajah. Kerja-kerja mendapat kerjasama dari Angkatan Tentera Malaysia (Rej Jurutera Diraja Malaysia))







4. Sehubungan dengan itu dapat sekiranya tuan dapat menhuluirkan sumbangan kepada Bendahari/ Pusat Dirasat Al-Quran Dan Tahfiz dengan mengunakan borang yang disertakan bersama-sama surat ini atau terus menyalurkannya kedalam Akuan BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD No Akuan 08-040-01002709-4 atas Nama : PUSAT DIRASAT AL-QURAN DAN TAHFIZ,




5. Atas sokongan padu Tuan/puan untuk menjayakan projet ini kami warga Tahfiz akan lebih iltizam, istiqamah berazam serta ihsan semasa berkhidmat agar tercap[ainya matlamat melahirkan generasi Rabbani sesuai dengan moto Pusat Dirasat AlQuran Dan Tahfiz “Al-Quran Ke Arah Kecemerlangan”







6. Segala sokongan tuan kami doakan agar dikurniakan Allah S.A.W rahmatnya, keberkataNya serta dipermudahkanNya segala urusan seisi keluara didunia dan diakhirat. Amin




“Dan benar benar allah akan menolong orang yang menolong agamaNya”





(Al-Hajj: 40)







___________________________________________________________________






SUMBANGAN SECARA PERIBADI
WAKAF PEMBINAAN WAKAF MUSSALA DAN DEWAN KULIAH

Kepada
Bendahari
Pusat Dirasat AlQuran dan Tahfiz
Kpg Sempeneh Cempaka
34500 Batu Kurau PERAK

Berserta dengan borang ini Saya

Beralamat:



Dengan ini saya mewakafkan sebanyak : RM

Dengan ini saya menyumbangkan sebanyak RM:

Dengan ini saya menunai Infak zakat bagi Tahun

Dengan cek no: . Wang Pos no:


Telah dimasukkankan diBank atas nama PUSAT DIRASAT AL-QURAN DAN TAHFIZ

No Account: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (08-040-01-002709-4) ATAS NAMA PUSAT DIRASAT ALQURAN DAN TAHFIZ
( Slip Bank perlu dihantar pada kami untuk pengiriman resit Rasmi)

Dan Ganjaran pahalanya saya hadiahkan kepada:

Diri sendiri/Keluarga/Allahyarham-Allahyarhamah

1…………………………………………….

2…………………………………………….

3…………………………………………….

4…………………………………………….

5…………………………………………….

Sekian

(………………………..) Tarikh:……………………


(Sumbangan duit faedah Bank akan dimasukkan ke dalam account khas untuk membena kelengkapan dan kemudahan awam seperti tandas, jalan dan lain-lain)

Untuk Kegunaan Pejabat

No Resit: Jumlah Diterima: RM

No Penerimaan

RV/…………..
Tandatangan Penerima Nama: Tarikh:

………………. …………………. ………………


Tandatangan Pemegang Amanah Nama: Tarikh:


…………………………………. ………………………… ………………………….

No comments: