About Me

My photo
Kampung Sempeneh, Taiping, Perak., Malaysia

Sejarah


Pusat Dirasat Al Quran dan Tahfiz Batu Kurau dibina di atas sebidang tanah seluas satu ekar, yang terletak di Kampung Sempeneh Batu Kurau, Perak, kira-kira 25km daripada Kamunting, Taiping. Tanah dan sebahagian kos pembangunan Pusat Dirasat ini diwakafkan oleh Tuan Hj Mahmud Zuhdi Hj Din dan keluarga beliau pada awal tahun 2004. Pusat ini siap dibina pada bulan november 2005 dan telah mula beroperasi sejak awal tahun 2006.

Pembangunan pusat dirasat ini diuruskan oleh sebuah jawatankuasa pembangunan, yang terdiri daripada penduduk tempatan, pimpinan atau mantan pimpinan ABIM pusat dan wakil keluarga pewakaf. Pengurusan hariannya dikendalikan oleh Encik Mohd Noor Musa, pesara pegawai tentera. Beliau adalah Bendahari Jawatankuasa Pembangunan Pusat Dirasat ini, beliau juga dilantik sebagai pengurus pembangunan mewakili pengurusan Yayasan Takmir Pendidikan Pusat.

Sebuah Jemaah Pegurus, atau Board of Director yang dilantik oleh Yayasan Takmir untuk merancang program pendidikan yang dijalankan di pusat dirasat ini, di samping memantau perjalanannya. Jemaah Pengurus ini dipengerusikan oleh KPP Yayasan Takmir atau wakilnya. Anggota Jemaah Pengurus terdiri daripada ahli-ahli ABIM atau mantan pimpinan dan individu tertentu yang berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang pendidikan dan pengajian al Quran.

Jemaah Pengurus melantik seorang pengurus, seorang pengetua dan beberapa orang guru penolong dan kakitangan (mengikut keperluan), yang akan berperanan melaksanakan tugas-tugas yang dirancang dan diputuskan oleh Jemaah Pengurus. Semua pegawai yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan Yayasan Takmir-Pendidikan.

gambar-gambar