About Me

My photo
Kampung Sempeneh, Taiping, Perak., Malaysia

PROGRAM INFAK RAMADHAN II 2010/1431H

Pusat Dirasat Al-Quran sekali lagi telah diamanahkan oleh orang ramai mahupun perseorangan untuk menjadi tempat pengagihan beras kepada fakir, miskin, ibu tunggal, warga emas, dan juga golongan yang kurang upaya. Sebanyak 400 guni beras 10kg untuk seguni seorang. Sistem pengagihan pula dilakukan dengan cara bergerak dimana kupon diberikan kepada wakil kampung untuk diagihkan kepada golongan fakir, miskin, ibu tunggal, warga emas, dan juga golongan kurang upaya 2 hari sebelum hari kemuncak. Tempat pengagihan pula ditentukan sendiri oleh wakil kampung dimana mereka yang menerima akan hadir di tempat tersebut pada waktu yang ditetapkan.


Pada hari kemuncak 9 Ogos 2010 pihak pentadbiran Pusat Dirasat akan bergerak dengan menaiki kereta dan lori untuk mengangkut beras 400 guni dan pergi ke tempat pengagihan mengikut waktu yang dijadualkan. Sebayak 8 buah kampung dipilih. Pemberian disempurnakan olah Encik Mohamad Jaafar selaku setiausaha Lembaga Pusat Dirasat Al-Quran dan Tahfiz
.

No comments: