About Me

My photo
Kampung Sempeneh, Taiping, Perak., Malaysia

Projek Jiwa Murni






Pada 23 Ogos 2010 seramai 12 orang askar dari 2 skudron Jurutera Diraja telah bertungkus lumus untuk menyiapkan rumah Puan Kartini bt Abdullah yang merupakan balu kepada En Azmi B Ahmad. Puan Kartini merupakan orang Sabah dan juga saudara baru. Memandangkan arwah suami Puan Kartini hanya sempat untuk menyiapkan rumah yang berdinding dan beratap tetapi tanpa pintu, tingkap, dan lantai. Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk membantu antara satu sama lain terutama sekali saudara baru. Pihak Tahfiz akan berusaha menyediakan dana untuk menyiapkan rumah Puan Kartini manakala Pihak 2 Skudron Jurutera Diraja akan membantu dari segi tenaga kerja untuk meyiapkan rumah Puan Kartini. Rumah Puan Kartini dijangka siap sebelum 1 Syawal 1431H agar beliau dan anak yang masih kecil dapat menyambut Hari Raya Puasa dengan lebih sempurna. Segala sumbangan adalah hasil dari sumbangan jemaah Masjid Telekom Taiping, Perak, Malaysia.

No comments: