About Me

My photo
Kampung Sempeneh, Taiping, Perak., Malaysia

Perasmian Surau An-Naim


Pada 21 april 2011, Pusat Dirasat Al-Quran Dan Tahfiz telah dikurniakan sebuah surau dimana surau tersebut diberi nama oleh pihak Yayasan Takmir dengan nama Surau An-Naim. Surau ini telah dibina oleh 2 Skuardron, Rejimen Tentera Jurutera Diraja dan bahan-bahan pula telah disumbang atau diwakafkan oleh para-para dermawan. Perasmian surau ini telah disempunakan oleh Brig Jen Dato' Pahlawan Ir Abdul Nasser B Ahmad selaku Ketua Jurutera Rejimen Tentera Jurutera Diraja. Ini merupakan kali kedua kehadiran beliau, dimana kali pertama adalah untuk Perasmian Peningkatan Prasarana Pusat Dirasat Al-Quran Dan Tahfiz. Pihak kami amat berharap kehadiran beliau dimasa akan datang.


Majlis juga diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah Pendidikan Yayasan Takmir
(Pendidikan) Ustaz Mahyuddin As-Shaari dan juga wakil dari Pusat Dirasat Al-Quran Dan Tahfiz
Tuan Haji Shamsuddin Haji Jaafar Pengarah Penjara (Bersara). Majlis juga diserikan lagi dengan
kehadiran para dermawan dan penduduk kampung.


Majlis Perasmian ini juga desrikan dengan menu yang esotik iaitu 'Daging Golek'. Dimana
Tuan Pengurus, Tuan Haji Mohd Noor B Haji Musa merasa sendiri daging golek ini di Kemboja
dan resipinya sempat dipelajari oleh sukarelawan Pusat ini iaitu Encik Din.


Selain itu juga, upacara simbolik juga turut diadakan iaitu melepas ikan dan menyempurnakan
mengecat dinding yang telah disempurnakan oleh Ketua Jurutera Rejimen Jurutera Diraja.

No comments: