About Me

My photo
Kampung Sempeneh, Taiping, Perak., Malaysia

KURSUS ASAS FARDHU AIN SIRI 8 2011

KURSUS KLINIK AL-QURAN DAN FARDHU AIN SIRI 8/2011

Seperti biasa tiap-tiap tahun Pusat Dirasat Al-Quran Dan Tahfiz akan mengadakan Kursus Klinik Al-Quran Dan Fardhu Ain. Bagi siri ke 8/2011. Kursus ini terbuka kepada peserta yang berumur 10 tahun hingga 18 tahun. Kursus ini juga terbahagi kepada 2 tahap iaitu:

TAHAP ASAS
1. asas kerukunan Islam
  • bersuci
  • mandi wajib
  • wuduk
  • tayammum
  • azan dan iqamah
  • solat
  • puasa
  • zakat
  • penyembelihan
  • qurban
  • aqiqah
2. bacaan dan hafazan juzuk AMMA

3. kepimpinan dan jati diri

TAHAP ASAS II
1. bacaan dan hafazan surah yassin
2. bacaan dan hafalan tahlil
3. bacaan dan hafazan surah as-sajjadah
4. bacaan dan hafazan juzuk AMMA
5. kepimpinan dan jati diri
6. Asas Kerukunan Islam

Pengajian akan diajar oleh ustaz/ustazah bertauliah dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan penceramah bebas manakala bacaan dan hafazan dipantau oleh ustaz PUSAT DIRASAT AL-QURAN DAN TAHFIZ dan kepimpinan dan jati diri akan diajar oleh pelajar universiti tempatan yang berpengalaman dalam motivasi serta dari penceramah bebas.

Kursus ini akan belangsung selama 3 minggu iaitu 21 hari. Iaitu bermula dari 27 November 2011 hingga 17 Disember 2011.

Tempat kursus pula adalah di PUSAT DIRASAT AL-QURAN DAN TAHFIZ BATU KURAU. Jadual bagi kursus ini terdapat di sini. (klik di sini)

Pendaftaran dibuka dari 15 Oktober 2011 hingga 25 November 2011 dan bayaran deposit sebanyak RM 50.00 dikenakan. Jumlah bayaran keseluruhan kursus selama 21 hari ini ialah RM380.00 Borang (klik di borang) atau hadir sendiri ke PUSAT DIRASAT AL-QURAN DAN TAHFIZ BATU KURAU. Para peserta juga diminta membawa salinan kad pengenalan atau surat beranak. Borang boleh dihantar/email ke TAHFIZ (klik di tahfiz) dan bayaran boleh dilakukan secara tunai/cek/bank in ke TAHFIZ (klik di tahfiz) atas nama TETUAN PUSAT DIRASAT AL-QURAN DAN TAHFIZ dan sila bawa bersama slip bank ketika hari pendaftaran peserta. Maklumat lanjut boleh menghubungi pihak TAHFIZ (klik di tahfiz).

No comments: