About Me

My photo
Kampung Sempeneh, Taiping, Perak., Malaysia

Madrasah



Madrasah ini dibina atas tujuan ibadah, kelas hafazan bagi pelajar Pusat Dirasat ini serta kelas pengajian untuk panduduk kampung. Madrasah ini dibina oleh Rejimen Askar Jurutera Di-Raja (RAJD) 2 DIV, Kem Sangro, Taiping, Perak. Pihak Pembangunan Pusat ini hanya perlu mencari bahan-bahan pembinaan sahaja. Dimana pihak kami amat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk membantu membangunkan Pusat Dirasat Al-Quran dan Tahfiz ini.

Segala sumbangan boleh dilakukan dengan menghubungi En Mohd Noor B Hj Musa, Pengurus, Pusat Dirasat Al-Quran dan Tahfiz, di talian (05)8883542, (019)4616355, (017)5283650 atau melalui no. akaun:08-040-01-002709-4, BANK ISLAM MALAYSIA BHD, atas akaun PUSAT DIRASAT AL-QURAN DAN TAHFIZ, atau hadirkan diri di Pusat Dirasat Al-Quran Dan Tahfiz Batu Kurau, Jalan Raja Haji, Kampung Sempenah Chempaka, 34500 Batu Kurau, Perak Darul Ridzuan.

“Dan benar-benar Allah akan menolong orang yang menolong agamanya”
Al-Haj:40

Sila lihat gambar pembinaan madrasah:
19.5% pembinaan madrasah =   4 MAY 2010
24.0% pembinaan madrasah = 16 MAY 2010
30.2% pembinaan madrasah =   3 JUNE 2010
32.0% pembinaan madrasah = 12 JUNE 2010
41.0% pembinaan madrasah = 28 JUNE 2010
50.5% pembinaan madrasah = 13 JULY 2010
58.0% pembinaan madrasah =    1 AUG 2010
61.7% pembinaan madrasah =  23 AUG 2010
64.6% pembinaan madrasah = 28 SEPT 2010
68.6% pembinaan madrasah = 10 OKT 2010
98.0% pembinaan madrasah = 25 NOV 2010

Madrasah Pusat Dirasat Al-Quran dan Tahfiz telah pun digunakan untuk solat berjemaah lima (5) waktu dan juga untuk sebahagian kelas fardhu ain, dan juga aktiviti-aktiviti motivasi pada 29 November 2010. Madrasah ini digunakan bagi keselesaan peserta KURSUS KLINIK AL-QURAN DAN FARDHU AIN 2010 SIRI 7, yang berlangsung selama 21 hari.

Walaubagaimanapun terdapat kekurangan dimana madrasah ini tidak mempunyai tempat wuduk atau kolah ambil air sembahyang. Jesteru itu pihak 2 SKN Jurutera Diraja Malaysia sedang membina tempat wuduk dengan 'plan view' dibuat oleh seorang jurutera profesional (civil) iaitu Tuan Ir Azmi B Aznan. Kos bahan pembinaan tempat wuduk dianggarkan sebanyak RM 7 000.00.